13/07/18

Keng Som

Bahan-bahan


Mesin:
  1. Bawang putih (banyak)
  2. Kunyit
  3. Belacan
  4. Cili padi kering (rendam air panas sampai lembut)
Tumis:
  1. Asam jawa (banyak)
  2. Sayur (betik, nenas, bunga kubis, batang bunga teratai)

Selanjutnya

  1. Tumis asam jawa sampai keluar air.
  2. Masuk bahan yang dimesin.
  3. Tambah air.
  4. Lepas menggelegak, masukkan ikan dan sayur, jangan kacau nanti ikan hancur.

28/04/15

Daging kicap merah

Tumis:
  1. Bwg merah (banyak)
  2. Bwg putih
  3. Bwg besar
  4. Halia (sedikit)
Selanjutnya:
  1. Mesin bahan tumisan, kemudian tumis dengan api kecil.
  2. Masuk daging, kacau sampai kering air daging.
  3. Masukkan air, tomato puri dan sedikit kicap manis.

9/10/14

Jemput-jemput Malas

Bahan:
  1. Kobis, bawang besar, karot dicincang.
  2. Udang dibuang kulit, dipotong dua.
Selanjutnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas, digaul rata.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam bekas, gaulkan bersama bahan.
  3. Masukkan juga 1/2 sudu sodium bicarbonate dan baking powder. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit bersama campuran.
  5. Sesuaikan sukatan gandum dan air dengan bahan, supaya tidak terlalu banyak tepung.
  6. Gaul hingga sebati dan sedikit melekit.
  7. Goreng dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Saiz gorengan seketul jemput-jembut lebih kurang satu sudu besar.

8/10/14

Lidah Madu

Lidah lembu:
  1. Panggang lidah untuk mengurangkan bulu pada lidah. Kikis bahagian yang hangus.
  2. Perap lidah dengan bawang putih yang ditumbuk.
Selanjutnya:
  1. Masukkan lidah ke dalam periuk.
  2. Masukkan secawan kicap manis dan reneh sekejap dengan api kecil.
  3. Masukkan secawan air, serta cuka dan madu secukup rasa.
  4. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  5. Rebus sehingga lidah empuk.
  6. Hidangkan dengan memotong lidah dengan hirisan melintang. Sedap dicicah bersama sos siam/keropok.

7/10/14

Kentang Maut

Kentang:
  1. 5 biji kentang dipotong wedges kepada 6 bahagian.
  2. Goreng kentang hingga garing.
Sambal:
  1. Goreng segenggam ikan bilis hingga garing. Asingkan.
  2. Goreng segenggam cili api bersama 3 ulas bawang putih sehingga bertukar warna.
  3. Tumbuk kasar kesemua bahan sambal.
Selanjutnya:
  1. Goreng bahan sambal bersama sedikit minyak.
  2. Masukkan kentang. Gaul sehingga sambal sekata bersama kentang.

12/11/11

Bistik Daging

Daging:
  1. Cincang daging halus-halus.
  2. Gaulkan bersama lada sulah dan garam secukup rasa.
  3. Gentel daging hingga bulat sebesar bola pingpong (seperti bergedel) untuk membentuk bebola daging.
  4. Celup ke dalam telur dan goreng sekejap lebih kurang 1 minit dalam minyak sedikit.
Sup:
  1. Tumis beberapa ulas bawang putih.
  2. Masukkan air ke dalam periuk dalam kadar yang sesuai dengan bebola daging.
  3. Masukkan tomato puri. Serta garam dan gula secukup rasa.
  4. Tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan bebola daging.
  6. Boleh juga dimasukkan kentang dipotong seperti "wedges KFC" bersama dengan bebola daging. Goreng kentang terlebih dahulu lebih kurang 1 minit.

Sup Tulang Tomato

Tulang:
  1. Gaulkan garam dan lada hitam yang ditumbuk halus bersama dengan tulang.
  2. Goreng dengan mentega selama lebih kurang satu minit.
Sup:
  1. Potong dadu bawang besar - lebih kurang 3 biji.
  2. Tumis bawang besar.
  3. Pindahkan bawang besar ke dalam "rice cooker".
  4. Masukkan tulang.
  5. Masukkan air dan tomato puri dalam kadar yang sesuai dengan tulang.
  6. Tutup separuh hingga daging pada tulang empuk dan kuah pada kepekatan yang diingini.